Tuesday 1 November 2016

GULAI IKAN PATIN JERANTUT

BAHAN-BAHAN

Ikan patin 1 kg
Tempoyak 2 sdm penuh
Cili api - secukup pedas
Cili merah panjang thai - secukup rasa
Kunyit hidup 2 inci
Bawang merah 3 biji
Daun kesum 3 batang

CARA MASAK

Bahan 2 - 6 diblender sekali
Masuk kedalam periuk campur air dan panaskan
Bila menggelegak masuk ikan
Masuk daun kesum, garam dan gula
Kacau perlahan dengan senduk kayu

Nota: untuk jadikan pais, jadikan perencah yang dicampur daun kunyit, bungkus dengan daun pisang dan cover dengan foil. Bakar 15 minit setiap bahagian dengan api sederhana, siap untuk dihidangkan.

Tuesday 13 September 2016

DAGING KURMA TERENGGANU

Bahan-Bahan

10 kg daging
300 g rempah kurma
1/2 kg bawang merah
300 g bawang goreng
200 g bawang putih
200 g halia
100 g lengkuas
sedikit asam jawa
sedikit belacan
3 keret nisan
kunyit serbuk dan lada hitam serbuk untuk menumis
rempah kasar untuk menumis
minyak masak
susu cair
santan
air

Cara-Cara

Perap daging dengan bahan-bahan perapan 1 jam
Tumis bahan tumisan
Masuk daging kacau hingga pecah minyak
Tambah air, masak hingga daging lembut
Tambah santan, susu cair dan ubi kentang
Tunggu sehingga daging dan ubi kentang empuk.

Nota:
untuk 1 pikul daging perlu 6 tin susu cair, 1 kg santan dan 6 kerek nisan)


KURMA DAGING


DAGING KURMA


Monday 12 September 2016

MEMPROSES IKAN SARDIN - NOXXA



KETUPAT & KUAH KACANG NOXXA








BUBUR ASSURA - PERIUK NOXXA

Image result for PERIUK NOXXA



Aeterusnya klik link di bawah :-
http://sajiandapurbonda.blogspot.my/2015/10/resepi-periuk-noxxa-bubuq-asyura-stail.html

DAGING KURMA TERENGGANU

DAGING KURMA 


Bahan-Bahan

10 kg daging
10 cawan bawang
1 cawan rempah kurma
1/2 cawan lada hitam + kunyit hidup untuk tumis + cili boh + minyak
2 cawan kerisik
1 cawan susu cair
1 cawan susu manis
1/2 cawan halia
1 cawan tomato puri
20 biji buah badam rendam + 2 cawan kismis  dan mesin
cili hijau
cili merah
ubi kentang
10 bawang besar dibelah empat
serai diblend
bawang putih jika suka.
garam, gula, asam jawa  dan perisa

Cara-Cara

perap danging dengan bahan-bahan diatas 1 jam
tumis lada hitam, kunyit dan cili boh
masak daging yang telah diperap
masukkan air dan masak hingga empok

Friday 8 July 2016

KEK KUKUS BUAH

600 g gandum
1 1/2 kotak buah campuran kering
2 sdt soda bikarbonate
450 gm margerin atau mentega
4 sdt cream of tartar
5 biji telur ayam

CARA-CARA:

-Marjerin dipuluk dengan gula hingga putih diikuti dengan memasukkan telur sebiji-sebiji hingga    habis.
- Teruskan pukul hingga kembang dan masukkan gandum, soda dan tartar cream.
- Masukkan buah campuran dan kacau hingga sebati.
- Masukkan kedalam loyang pengukus dan ratakan.
- Kukus selama 3 - 4 jam.


Wednesday 29 June 2016

JALA MAS TERENGGANU

BAHAN-BAHAN

10 biji telur itek
4 cawan gula
3 cawan air
2 helai daun pandan

CARA-CARA

Asingkan putih telur dan kuning telur.
Kacau kuning telur sampairata.
Masukkan gula, air dan daun pandan, pukul sampai sebati.
Kirai kuning telur dalam air gula yang dipanaskan.
Buatlah sampai habis.





Tuesday 28 June 2016

KEK LADY DIANA

BAHAN-BAHAN

8 biji kuning telur
7 biji putih telur
180 gm gula
40 gm cornflour
80 gm gandum
1 sdt baking powder
100 gm butter cair

CARA-CARA

Pukul semuabahan kecuali butter cair, bila pekat masuk butter cair,
kacau hingga sebati dan bakar dalam 3 loyang.

SPECIAL ENGLISH BEEFSTEAK

BAHAN-BAHAN:

1 kg daging dipotong nipis(pilih bahagian lembut spt batang pinang), digaul bersama:-
1 sdm serbuk lada sulah.
1/2 sdt garam halus.
1/2 sdt serbuk perasa.
Kemudian diperap 20 minit, diculup kuning telur dan digoreng dengan margerin.

MEMBUAT SOS:

10 ulas bawang merah dimayang.
2 senduk tomato sos (1/2 botol)
1 sdm serbuk lada sulah.
6 keping biskut jagung dikisar.
4 ulas bawang putih diketuk.
1/2 kg potato chip digoreng.
1 tin besar kacang peas.
3 biji tomato dicincang.

Panaskan minyak, tumis bawang merah, masukkan sedikit air, tomato sos, biskut jagung serbuk, garam, perasa, lada sulah dan bawang putih.
Bila mendidih masukkan daging.
Bila hampir masak, masukkan ubi kentang.
Waktu menghidang taburkan kacang peas dan buah tomato yang dicincang.

KERABU JANTUNG PISANG

BAHAN-BAHAN:

1 biji jantung pisang
5 tangkai daun kesum
10 biji cili api dimayang
1 sudu kecil lada hitam
2 ekor ikan bakar
10 ulas bawabg merah
3 sdm kerisik
1 mangkuk santan pekat
Garam, gula, perasa secukupnya.
1 biji limau nipis

CARA-CARA:

Jantung pisang dimayang halus dan dikisar.
Daun kesum dimayang halus.
Cili api dimayang halus.
Lada hitam ditumbuk bersama bawang merah dan isi ikan bakar.
Satukan dengan menggaul semua bahan bersama jantung pisang, masukkan garam dan perahan asam limau - siap untuk dihidangkan.

Saturday 18 June 2016

KURSUS USAHAWAN INDUSTRI MAKANAN

Berminat untuk menjadi usahawan makanan:-

Memproses jus dan kordial buah dan herba
Memproses cincau dan minuman cincau
Memproses susu soya, taufu fa dan tahu
Memproses sos cili, sili giling dan sos tomato
Memproses kicap manis, masin, pedas dan sos tiram
Memproses pes makanan segera

SETERUSNYA KLIK SINI

RESEPI AYAM PERCIK USTAZAH.

1ekor ayam
5-6 labu bawang merah besar (bombay)
3 ulas bawang besar
2 batang serai
3 inchi halia
3-4 sudu besar tepung beras (dibancuh dengan 1/2 cawan air)
garam (1 1/2 sudu garam)
gula (3 sudu gula)
sebiji kelapa :dapatkan santan pekat
1-2 sudu makan serbuk cili : sebab "malas" nak rebus cili kering.
Kalau versi Percik Putih jangan letak cili la ya!
Cara-cara :........SETERUSNYA KLIK SINI

VIDEO- MEMBUAT MURTABAK RAJA DAN JALA MAS



RESEPI MURTABAK RAJA - KLIK SINI

RESEPI KARANGKRAF - KLIK SINI

Friday 15 April 2016

MINUMAN HERBA

BAHAN-BAHAN

Daun pandan 4 helai
Serai 6 batang
Halia 2 inci
Kulit kayu manis 3 batang
Epal hijau 2 biji - diptong kecil

CARA PENYEDIAAN

Rebus semua bahan di atas sehingga berbaki 80 peratus
Simpan dalam chiller jika tiada pengawet


PAU PULUT GORENG

BAHAN-BAHAN UNTUK KULIT

Tepung Pulut - 3 bungkus
Tepung Gandum - 2 cawan
Kelapa Parut - 500 gm
Garam - 2 sdt
Air - 4 1/2 gelas
Marjerin - 3 sdm
Gula - 6 sdm

Pau Pulut Siap Goreng

Pau Pulut Sejuk Beku
Bahan-Bahan Untuk Isi

Ikan selayang - 1 kg
Bawang besar- 1/2 kg
Halia - 1 in
Halba - 1 sdt
Santan - 1/2 kg
Garam - secukup rasa
Gula - secukup rasa

Cara-Cara Penyediaan 

Kelapa, margerin, garam, gula masak hingga mendidih - biarkan sejuk
Kemudian campur tepung pulut dan tepung gangum uli hingga menjadi doh
Buat bulat-bulat sehingga semua doh habis dan masukkan isian.
Tunggu seketika hingga doh selesai mengembang
Kemudian goreng dalam minyak banyak dengan api sederhana.

Resepi Dipelajari Daripada : Hajjah Wan Eshah Muda
Kg. Binjai Berambu,
Kuala Terengganu.

Wednesday 17 February 2016

JANGKA HAYAT SIMPAN MAKANAN DALAM PETI SEJUK

Tips dibawah ni adalah cara umum sebagai panduan kita dalam memastikan makanan yang kita simpan di dalam peti sejuk selamat. Penambahan tips dari korang amat la di alukan bagi melengkapkan lagi tips dibawah.

Seterusnya klik di sini.

OTAK-OTAK IKAN SEJUK BEKU

Otak-otak adalah sejenis makanan tradisional di perkampungan nelayan. Kebiasaannya dimakan sebagai makanan ringan di jamuan petang. Terdapat dua jenis otak-otak di Malaysia iaitu "Otak-otak Terengganu" dan "Otak-otak Johor“ . Persaingan dalam pasaran makanan telah menyebabkan pengusaha makanan otakotak mencipta produk otak-otak yang lebih kreatif dan mendapat sambutan ramai iaitu otak-otak popia. Kesemua produk otak-otak ini lebih enak dimakan ketika masih panas. Selain daripada ikan segar, otak-otak ikan juga boleh dihasilkan menggunakan Otoshimi (isi ikan)

Seterusnya klik sini.

Tuesday 2 February 2016

NASI DAGANG - RICE COOKER

Nasi Dagang (serves 4)

From Toh Puan Rosita binti Abdullah’s “Kulit Manis – A Taste of Terengganu’s Heritage” as publishedhere
Modified from Annelicious who in turn referenced her recipe from Nor Zalina’s Pondering,Wendyinkk  and Terengganu Tourism with minor changes
Ingredients
    • 2 cups Thai jasmine rice (beras)
    • 1 cup of  glutinous rice (pulut)
    • 5 shallots, thinly sliced (bawang merah)
    • 1 thumb sized ginger, thinly julienned (halia)
    • 1tbsp fenugreek (halba)
    • 2 cups of coconut milk
    • 1cup of water
    • 1 tsp Salt
DSC_4783 s
Method
    1. Wash and soak glutinous rice for 90 mins. Wash and add in jasmine rice, soak both rice together for another 30mins. Drain well with sieve or colander and set aside.
    2. Transfer the rice, water and coconut milk into a rice cooker and stir well with wooden spatula under wll incorporated. Set to “rice cooking” mode and start the cooking process.
    3. Once the rice is cooked, add in fenugreek, ginger, shallots and toss well to combine.
    4. Switch the rice cooker to “keep warm” mode for another 30mins before serving.
    5. Serve Nasi dagang with gulai ikan tongkol and acar timun.

VIDEO - NASI DAGANG SEGERA NOXXA


Monday 1 February 2016

GULAI IKAN TONGKOL

Gulai Ikan Tongkol (serves 4)
From Toh Puan Rosita binti Abdullah’s “Kulit Manis – A Taste of Terengganu’s Heritage” as publishedhere
      • 250ml oil
Blended Ingredients
      • 50g garlic, peeled (bawang putih)
      • 20g ginger (halia)
      • 30g galangal (lengkwas)
      • 300g shallots, peeled (bawang merah)
      • 250g dried chilli paste (chilli boh)
Ground spices
      • 4 tablespoons coriander seeds (ketumbar)
      • 2 tablespoons fennel seeds (jintan putih)
      • 1/2 teaspoon fenugreek (halba)
      • 1 teaspoon black pepper (lada hitam)
      • 250ml fish stock, strained
      • 3cm dried toasted shrimp paste (belacan)
      • palm sugar (gula melaka)
      • Salt to taste

      • Coconut milk from 2 large grated coconuts squeezed with 1.5 litres of water
      • Tuna (ikan tongkol) chunks, reserved from making fish stock
      • 5 red chillies
      • A handful of buah belimbing (belimbing buluh)
DSC_4723 s
Method
Heat oil in a wok over medium heat. Sauté blended ingredients until fragrant. Add ground spices and mix well. Add fish stock, belacan, gula melaka and salt to taste. Leave to simmer. Add coconut milk and bring to boil. Leave to simmer for 15 minutes.
DSC_4737 s
Adjust consistency with hot water if a more diluted gravy is preferred. Add fish and cook until heated through. Add whole chillies and belimbing buluh. 
DSC_4758 s
Remove from heat when chillies and belimbing buluh are cooked.

NASI DAGANG TERENGGANU

BAHAN-BAHAN

Beras Siam Cap Arnab 800 g

Beras Pulut  200 g

Air   Untuk Siraman (arong) Kali Pertama 1045 ml

Air Untuk Siraman (arong)  Kali ke Dua 131 ml

Santan Pekat 262 ml

Garam 20 gm

Gula 25 gm

Bawang Merah 4 biji - dihiris nipis

Halia 3 cm - dipotong kiub kecil memanjang

Halba 1 sdu teh

CARA-CARA

Campur beras siam dan beras pulut, bersih dan rendam air beberapa jam.

Kukus campuran beras dalam pengukus hingga naik wap (lebih kurang 20 minit)

Pindah beras kedalam bekas adunan dan siram dengan 1045 air, kacau seketika dan tunggu hingga air meresap

Kukus semula hingga naik wap (lebih kurang 20 minit)

Pindahkan semula beras kedalam bekas adunan dan siram dengan santan pekat yang telah dicampur air, garam,gula,bawang merah,halia dan halba, sertau dikacau sehingga sebati.

Sedia untuk dihidangkan


Saturday 23 January 2016

KUAH COLEK BUAH

Bahan2
  • 15 tangkai cili kering dikisar (ikut kepedasan)
  • 5 sudu gula perang/ kabung
  • 5 sudu gula pasir (ikut kemanisan.. selalu kuah rojak memang agak manis)
  • 1inci Belacan (dibakar)
  • 1-3 sudu Petis /pes Udang (boleh kurang sebab dah ader belacan) 
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 5sudu kicap lemak manis (agak2)
  • 5-7 sudu tepung pulut (untuk memekat n melikatkan)
Cara2
  • masak cili yang telah dikisar didlm periuk dengan api sederhana.. perlahan hingga masak... + gula perang + gula putih.. cili akan berubah warna..
  • + belacan, petis dan air asam jawa... terus masak... lagi lama lagi baik.. bila bahan bebetul masak akan lebih tahan lama...
  • + kicap.. selain rase akan merubah warna.. agak kehitaman...
  • + tepung pulut... semakin lama bahan akan menjadi semakin likat n berat... masak sehingga betul2 masak ini untuk mengelakkan kuah cepat basi kerana ader adunan tepung...
  • Kuah akan menjadi likat, pekat dan berkilat... perasakan.. anda boleh + atau - mengikut sedap raser..

Friday 22 January 2016

SUKATAN MAKANAN UNTUK KENDURI KENDARA

PERSEDIAAN NASI

Kita boleh bajet 1 kg beras untuk 10 orang makan bagi nasi putih dan nasi minyak,
atau 3 gantang beras untuk 100 orang makan (1 gantang = 3.5 kg)

PERSEDIAAN LAUK

Kita boleh bajet 1 kg ayam untuk 10 orang makan. Untuk elak tak cukup, terutama hidang secara buffet,  untuk 100 orang makan kita perlu sediakan antara 13 - 15 kg ayam. Ini termasuklah pembaziran dan ada sebahagian saudara mara minta bungkuskan untuk dibawa balik.

Untuk lauk daging kita boleh sediakan sama dengan ayam di atas. Sekiranya kita sediakan daging bersekali dengan ayam kita boleh aturkan sebahagian ayam dan daging mengikut hidangan yang kita hajatkan.

PERSEDIAAN UNTUK NASI DAGANG

Satu gantang nasi dagang boleh dimakan sehingga 40 orang sebab biasanya orang tidak makan nasi dagang sebanyak nasi minyak dan nasi putih.

Bagi persediaan lauk pula, bagi satu gantang nasi dagang, perlu dibeli 5 - 6 kg ikan aye hitam sebab ikan ditimbang bersama kepalanya sekali. Lagi pun nasi dagang hanya ada satu lauk sahaja disamping acar timun.


PETUA-PETUA MASAK NASI DAGANG

Gulai 4 kg ikan memerlukan 1 kg santan, 80 gm rempah, 500 gm bawang serta bahan-bahan lain. Air untuk gulai dimasukkan 4 kali jumlah santan.

Untuk lambat basi, santan bersama bawang, halia dan halba dimasak dulu hingga hampir mendidih sebelum mengarong nasidagang.

Untuk sedap gulai - setelah hampir masak masukkan halba, halia dan bawang merah yang di mayam haluskedalam gulai.

Boleh juga arong nasi dagang dengan air panas bersama sedikit minyak masak agar nasi menjadi kembang dan putih (perlu guna beras siam yang keras cap pisang)

Masa mengukus, jika guna api kecil nasi akan melekat, jika api besar sedikit, nasi cepat masak dan cantik. Maknanya kepanasan mesti tepat untuk memasak nasi dagang yang berkualiti.

Al-kisah zaman orang tua kita dulu, memasak nasi dagang mereka menggunakan kayu api. bila tiba musim hujan, kayu api menjadi basah, nasi dagang yang mereka masak menjadi mentah, mereka katakan ada hantu yang menyebabkan nasi dagang menjadi mentah. Walhal dek kayu api yang basah maka kepanasan tidak mencukupi untuk memasakkan nasi dagang.

Lebih serius lagi, mereka memanggil bomoh apabila berlaku nasi dagang yang mereka masak menjadi mentah kerana percaya disampuk dek hantu.

PETUA 2 NASI DAGANG

3  kg ikan aya, 1 kg santan, 3 kg air, 70-80 gm rempah, 600 gm bawang, - jika tak naik minyak tambah air panas.

Nasi Mek gemuk : selesai kukusan pertama sebelum angkat, masukkan 1 kole air kedalam beras dan kukus seketika lagi, arong dengan air panas dan sedikit minyak.

Untuk rebus ikan dan tambah kedalam gulai bagi 3 kg ikan,1 kg santan ialah 75 gm garam. Meaning 25 gm garam bagii setiap kg ikan dan 1/3 kg santan..... tambah gula melaka i kerek besar nipis.

JOM KITA IKUTI KURSUS USAHAWAN MAKANAN klik sini