Saturday 23 January 2016

KUAH COLEK BUAH

Bahan2
  • 15 tangkai cili kering dikisar (ikut kepedasan)
  • 5 sudu gula perang/ kabung
  • 5 sudu gula pasir (ikut kemanisan.. selalu kuah rojak memang agak manis)
  • 1inci Belacan (dibakar)
  • 1-3 sudu Petis /pes Udang (boleh kurang sebab dah ader belacan) 
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 5sudu kicap lemak manis (agak2)
  • 5-7 sudu tepung pulut (untuk memekat n melikatkan)
Cara2
  • masak cili yang telah dikisar didlm periuk dengan api sederhana.. perlahan hingga masak... + gula perang + gula putih.. cili akan berubah warna..
  • + belacan, petis dan air asam jawa... terus masak... lagi lama lagi baik.. bila bahan bebetul masak akan lebih tahan lama...
  • + kicap.. selain rase akan merubah warna.. agak kehitaman...
  • + tepung pulut... semakin lama bahan akan menjadi semakin likat n berat... masak sehingga betul2 masak ini untuk mengelakkan kuah cepat basi kerana ader adunan tepung...
  • Kuah akan menjadi likat, pekat dan berkilat... perasakan.. anda boleh + atau - mengikut sedap raser..

Friday 22 January 2016

SUKATAN MAKANAN UNTUK KENDURI KENDARA

PERSEDIAAN NASI

Kita boleh bajet 1 kg beras untuk 10 orang makan bagi nasi putih dan nasi minyak,
atau 3 gantang beras untuk 100 orang makan (1 gantang = 3.5 kg)

PERSEDIAAN LAUK

Kita boleh bajet 1 kg ayam untuk 10 orang makan. Untuk elak tak cukup, terutama hidang secara buffet,  untuk 100 orang makan kita perlu sediakan antara 13 - 15 kg ayam. Ini termasuklah pembaziran dan ada sebahagian saudara mara minta bungkuskan untuk dibawa balik.

Untuk lauk daging kita boleh sediakan sama dengan ayam di atas. Sekiranya kita sediakan daging bersekali dengan ayam kita boleh aturkan sebahagian ayam dan daging mengikut hidangan yang kita hajatkan.

PERSEDIAAN UNTUK NASI DAGANG

Satu gantang nasi dagang boleh dimakan sehingga 40 orang sebab biasanya orang tidak makan nasi dagang sebanyak nasi minyak dan nasi putih.

Bagi persediaan lauk pula, bagi satu gantang nasi dagang, perlu dibeli 5 - 6 kg ikan aye hitam sebab ikan ditimbang bersama kepalanya sekali. Lagi pun nasi dagang hanya ada satu lauk sahaja disamping acar timun.


PETUA-PETUA MASAK NASI DAGANG

Gulai 4 kg ikan memerlukan 1 kg santan, 80 gm rempah, 500 gm bawang serta bahan-bahan lain. Air untuk gulai dimasukkan 4 kali jumlah santan.

Untuk lambat basi, santan bersama bawang, halia dan halba dimasak dulu hingga hampir mendidih sebelum mengarong nasidagang.

Untuk sedap gulai - setelah hampir masak masukkan halba, halia dan bawang merah yang di mayam haluskedalam gulai.

Boleh juga arong nasi dagang dengan air panas bersama sedikit minyak masak agar nasi menjadi kembang dan putih (perlu guna beras siam yang keras cap pisang)

Masa mengukus, jika guna api kecil nasi akan melekat, jika api besar sedikit, nasi cepat masak dan cantik. Maknanya kepanasan mesti tepat untuk memasak nasi dagang yang berkualiti.

Al-kisah zaman orang tua kita dulu, memasak nasi dagang mereka menggunakan kayu api. bila tiba musim hujan, kayu api menjadi basah, nasi dagang yang mereka masak menjadi mentah, mereka katakan ada hantu yang menyebabkan nasi dagang menjadi mentah. Walhal dek kayu api yang basah maka kepanasan tidak mencukupi untuk memasakkan nasi dagang.

Lebih serius lagi, mereka memanggil bomoh apabila berlaku nasi dagang yang mereka masak menjadi mentah kerana percaya disampuk dek hantu.

PETUA 2 NASI DAGANG

3  kg ikan aya, 1 kg santan, 3 kg air, 70-80 gm rempah, 600 gm bawang, - jika tak naik minyak tambah air panas.

Nasi Mek gemuk : selesai kukusan pertama sebelum angkat, masukkan 1 kole air kedalam beras dan kukus seketika lagi, arong dengan air panas dan sedikit minyak.

Untuk rebus ikan dan tambah kedalam gulai bagi 3 kg ikan,1 kg santan ialah 75 gm garam. Meaning 25 gm garam bagii setiap kg ikan dan 1/3 kg santan..... tambah gula melaka i kerek besar nipis.

JOM KITA IKUTI KURSUS USAHAWAN MAKANAN klik sini