Monday 2 December 2013

IKAN GORENG TIGA RASA


Bahan-bahan : 1 ekor ikan siakap, tepung jagung dan

perasa untuk dilumur kepada ikan semasa menggoreng, 

minyak masak untuk menggoren ikan.

1 biji bawang besar, 3 biji bawang putih, 1 inci halia, 1 biji 

tomato, 2 sudu besar sos tomato, 2 sudu besar sos cili thai 

atau cili bo, 1 sudu besar sos sotong, 1  sudu besar sos ikan

1 batang serai – dititik, Beberapa helai daun limau purut, 

Daun ketumbar, Garam secukup rasa, Ajinomoto secukup

 rasa, Gula secukup rasa, Minyak untuk menumis

Cara-cara : Tumis halia bersama  bawang putih cincang

 +masuk cili bo +gula dan tumis sampai mengelegak,

 seterusnya masuk 3 jenis kicap 1 sudu makan saja. 

Tambah kicap sotong dan kicap ikan hingga sos menjadi 

merah gelap.

Masukkan  cili hidup mesen +selabu bawang besar cincang

 + daun ketumbar cincang +garam  + sesudu cuka +daun 

limau purut mayang halus.

Sos dibiarkan sehingga mereneh seketika sehingga agak 

pekat, seterusnya angkat untuk di curahkan di atas ikan 

yang telah digoreng dalam keadaan yang masih lagi panas.  
Ikan dilumurkan dengan serbuk perasa dan tepung jagung 

dikedua-dua belah bahagian ikan termasuk bahagian dalam

 dan digoreng dalam minyak yang betul-betul panas secara 

terendam sehingga garing, angkat dan di curahkan sos tiga

 rasa keatasnya.

Untuk hiasan Taburkan daun sup, daun bawang dan 

sebagainya.

No comments:

Post a Comment