Thursday, 7 May 2015

PULUT LEPA TERENGGANU

Pulut Lepa merupakan makanan istemewa dari Terengganu. Amat istemewa kerana pulut melalui beberapa proses sebelum menjadi pulut lepa. Bermula dengan proses merendam pulut, mengukus dan menarong hinggalah keproses membentuk pulut menjadi bulat dengan meletak sambal ikan ditengahnya dan dibaluti dengan daun pisang sebelum dibakar atas arang membara.

Sayang memetik resepi ini dari blog MaDiHaA yang katnya beliau bangga menjadi sebagai anak jadi Terengganu dan nak berkongsi resepiPulut Panggang Versi Terengganu atau lebih dikenali sebagai Pulut Lepa di Terengganu.  Istimewanya Pulut Lepa ini ialah kerana intinya diperbuat daripada isi ikan yang dimasak dengan santan dan lain2 ramuan....  

KLIK DI SINI UNTUK RESEPI

Saturday, 2 May 2015

NASI KUNYIT TERENGGANU


Bahan-bahan

Beras pulut  5 kg
Kunyit powder 5 susdu makan
Asam gelugur 5 keping
Santan pekat 1,200 gm
Air 800 ml
Garam 100 gram
Gula 150 gm

Cara-cara

cara arong nasi kunyit


Rendam beras pulut bersama serbuk kunyit dan asam keping selama 2 jam
Kukus pertama kali hingga naik wap selama 30 minit
Arong santan pekat, garam, gula dan air hingga rata
Kukus kali kedua hingga naik wap selama 15 minit
Siap untuk dihidangkan.

Nota :
Jika guna 1,300 gm santan, tambah air 700 ml
Masa mengukus masuk sedikit daun pisang sebagai penanda, kukus hingga daun layu.

Wednesday, 11 February 2015

GULAI NASI DAGANG TOK WAN TERENGGANU

Bahan A
2 ekor ikan aya (3 kg)
1 sudu garam
3 asam keping
2 sudu gula
1 sudu cuka makan
3 inci gula melaka
air utuk rebus sekadar tenggelam ikan dalam periuk masa merebus

Bahan B
Ketumbar ¼ cawan
Jintan manis ¼ cawan
Bunga lawan 2 kelopak
Cengkeh 10 biji
Buah pelage 10 biji
Bahan C
Rempah Gulai Tok Wan (15gm) 2 paket

Bahan D
Kunyit 1 in
Halia ½ in
Lengkuas 3 in

BAHAN E
Bawang merah siap blend 3 cawan
Bawang putih 10 ulas diblend bersama bawang merah

Bahan F
Cili boh 3 cawan
2 in kayu manis

BAHAN G
Kelapa 1 biji – jadikan 15 cawan santan cair

CARA-CARA
1) Ikan dibersihkan dengan air garam untuk hilang hanyir dan dipotong dan direbus dengan memasukkan semua bahan A selama satu jam dengan api perlahan.

2) Cili boh tumis bersama 2 inci kayu manis dan daun pandan
3) Bahan B direndam air panas selama 1 jam dan blend
4) Bahan D diblend
5) Rebus santan selama 1 jam (pecah minyak)
6) Masukkan bahan B,C,D, E dan F dan rebus 1 jam lagi
7) Kecilkan api, masukkan semua Bahan A (ikan rebus bersama kuah dan asam keping) dan renih selama 1 jam lagi dan siap untuk dihidangkan.
(Biasa dibuat sebelah malam untuk dibuat sarapan pagi)

GULAI NASI DAGANG TERENGGANU

BAHAN-BAHAN

Santan - 1 kg
Rempah - 100 gm rempah nasi dagang Tok Wan
Ikan aye hitam - 4 kg
Cili boh - 150 gm
Bawang merah - 12 biji
Bawang puteh - 2 labu
Lengkuas - 4 inci
Halia - 3 inci
Kunyit - 2 inci
Asam keping - 5 keping saiz biasa
Gula melaka - 3 inci
Gula -csecukup rasa
Garam - secukup rasa
Cili padi - secukupnya
Belimbing buluh - secukup nya jika ada
Cuka - 1 sudu makan

CARA-CARA

(i) Merebus Ikan
Rebus ikan aye bersama satu sudu makan cuka, gula melaka, gula dan garam (rebus bersama air pada paras yang hanya sedikit melepasi ikan dalam periuk). Kukuslah bermula dengan api yang biasa, bila sudah mendidih hendaklah kecilkan api.(Masa mengukus lebih kurang 1 jam.

(ii) Menggulai Ikan Rebus

Panaskan santan selama 1 jam dengan api sederhana
Masukkan rempah
Masukkan cili boh,
Masukkan bawang merah, bawang putih, lengkuas, halia dan kunyit yang telah dikisar.
Masukkan belacan
Masukkan air rebusan ikan aye bersama asam keping yang telah dikukus.
Masukkan garam, gula, gula melaka secukup rasa.
Masak, kacau dan renehkan sehingga kepekatan yang dikehendakki.
Masukkan isiikan kukus.
Masukkan cili
Masukkan belimbing buluh yang telah dicelur dengan air mendidih terlebih dahulu.
(Elok gulai dimasak pada waktu malam untuk sarapan paginya)

Saturday, 31 January 2015

PETUA-PETUA MASAK NASI DAGANG

Gulai 4 kg ikan memerlukan 1 kg santan, 80 gm rempah, 500 gm bawang serta bahan-bahan lain. Air untuk gulai dimasukkan 4 kali jumlah santan.

Untuk lambat basi, santan bersama bawang, halia dan halba dimasak dulu hingga hampir mendidih sebelum mengarong nasidagang.

Untuk sedap gulai - setelah hampir masak masukkan halba, halia dan bawang merah yang di mayam haluskedalam gulai.

Boleh juga arong nasi dagang dengan air panas bersama sedikit minyak masak agar nasi menjadi kembang dan putih (perlu guna beras siam yang keras cap pisang)

Masa mengukus, jika guna api kecil nasi akan melekat, jika api besar sedikit, nasi cepat masak dan cantik. Maknanya kepanasan mesti tepat untuk memasak nasi dagang yang berkualiti.

Al-kisah zaman orang tua kita dulu, memasak nasi dagang mereka menggunakan kayu api. bila tiba musim hujan, kayu api menjadi basah, nasi dagang yang mereka masak menjadi mentah, mereka katakan ada hantu yang menyebabkan nasi dagang menjadi mentah. Walhal dek kayu api yang basah maka kepanasan tidak mencukupi untuk memasakkan nasi dagang.

Lebih serius lagi, mereka memanggil bomoh apabila berlaku nasi dagang yang mereka masak menjadi mentah kerana percaya disampuk dek hantu.

Zaman tu dapur gas baru diperkenakan dapur gas menggantikan dapur minyak tanah. Oleh kerana memasak nasi dagang memakan masa yang lama, bil gas menjadi tinggi, so mereka memilih untuk menggunakan kayu api untuk mengukus nasi dagang. Mereka katakan nasi dagang lebih sedap jika dikukus dengan kayu api.

Elok guna jangka suhu untuk sukat panas bagi mendapat darjah kepanasan yang sesuai untukjadikan nasi dagang masak dengan kualiti yang baik sesuai dengan peredaran masa.


GULAI NASI DAGANG

Ikan aya hitam 1 kg
Santan 1/4 kg
Bawang dll 125 gm (10 biji bawang merah, 4 ulas putih, 1 inci halia, 2 hiris lengkuas, 10 cili padi)
Rempah 20 gm
Air utk kuah 1 liter (4x santan)
Cili boh 3 sudu besar
Gula - 2%
Garam - 3 % (perlu tolak drp stok rebus ikan)
Kerisik 2 sudu
Asam keping utk rebus ikan 3-5 keping

Panas minyak, masuk cili boh, masuk bahan kisar, masuk gula, masuk rempah, masuk santan, siram keatas periuk rebusan ikan.(kak poh)

Tumih lade mesing dengan kulit manis (ketepikan), Ma'sok satang sapa gelegok, masuk lade mesing tumih, bahan mesing, nisang, gule, belacang dan rempah.(tok wa)


2 ekor ikan aya (3 kg), 1 sudu garam, 3 asam keping, 2 sudu gula, 1 sudu cuka makan, 3 inci gula melaka
air utuk rebus sekadar tenggelam ikan dalam periuk masa merebus. 
Ikan dibersihkan dengan air garam untuk hilang hanyir dan dipotong dan direbus dengan memasukkan semua bahan selama satu jam dengan api perlahan.(tok wa)

GULAI NASI DAGANG

santan 1/2 kg
air ikan kukus 10 gelas
garam 1 sudu
manisan 1/4 kerek
cuka 2 sudu
gula 3 sudu 
asam keping 3 keping
ikan 2 kg
rempah gulai 2 sudu
rempah masak 1 sudu
ketumbar 2 sudu*
jintan manis 1 sudu*
jintan putih 1/2 sudu*
cengkih 4*
buah pelaga 4*
kayu manis 1/2 in*
* direndam dan blend
cili boh 1 gelas
cili mesen 2 gelas
blend bawang, halia, kunyit  dan lengkuas jadikan 1 gelas
minyak utk menumis

tumis kayu manis + cili boh + cili mesen, bila pecah minyak ketepikan sekejab
santan direbus sampai masak dan menggelegak
+semua bahan diatas dan cili yg ditumis kecuali ikan
masak selama 4 jam dgn api kecil.


SOS NASI DAGANG SH. HALIM

Lade giling wahab 5 cawan
Gula 14 sudu
Bawang merah 40 biji
Rempah 8 sudu
Halia
Lengkuas