Saturday, 28 April 2018

APAM BALIK CHEETHAM HILL

BAHAN-BAHAN

4 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 paket yis
1 sudu teh sodium bikarbonat
2 biji telur
2.5 cawan susu suam
secukup rasa garam

BAHAN UNTUK TABUR

1 cawan kacang goreng dikisar
sedikit gu la
sedikit bijan
sedikit marjerin

CARA-CARA

Campurkan tepung, gula, yis, soda bikarbonat, garam dan gaul rata

Pukul telur dengan susu suam dan tuangkan kedalam adunan tepung. Gaul rata

Lenserkan sedikit minyak kedalam kuali leper dan panaskan kuali menggunakan api kecil

Sendukkan tepung kedalam kuali, ratakan dan tutup kuali. Bila telah separuh masak taburkan kacang, gula dan marjerin, tutup kembali kuali

Bila telah masak angkat apam balik dan lipatkan dua.


(Masyarakat Malaysia kat Cheetham Hill, Manchester pada tahun 1996- 1998 biasa  dengan resepi ini)

No comments:

Post a Comment