Untuk lambat basi, santan bersama bawang, halia dan halba dimasak dulu hingga hampir mendidih sebelum mengarong nasidagang.
Untuk sedap gulai - setelah hampir masak masukkan halba, halia dan bawang merah yang di mayam haluskedalam gulai.
Boleh juga arong nasi dagang dengan air panas bersama sedikit minyak masak agar nasi menjadi kembang dan putih (perlu guna beras siam yang keras cap pisang)
Masa mengukus, jika guna api kecil nasi akan melekat, jika api besar sedikit, nasi cepat masak dan cantik. Maknanya kepanasan mesti tepat untuk memasak nasi dagang yang berkualiti.
Al-kisah zaman orang tua kita dulu, memasak nasi dagang mereka menggunakan kayu api. bila tiba musim hujan, kayu api menjadi basah, nasi dagang yang mereka masak menjadi mentah, mereka katakan ada hantu yang menyebabkan nasi dagang menjadi mentah. Walhal dek kayu api yang basah maka kepanasan tidak mencukupi untuk memasakkan nasi dagang.
Lebih serius lagi, mereka memanggil bomoh apabila berlaku nasi dagang yang mereka masak menjadi mentah kerana percaya disampuk dek hantu.
Zaman tu dapur gas baru diperkenakan dapur gas menggantikan dapur minyak tanah. Oleh kerana memasak nasi dagang memakan masa yang lama, bil gas menjadi tinggi, so mereka memilih untuk menggunakan kayu api untuk mengukus nasi dagang. Mereka katakan nasi dagang lebih sedap jika dikukus dengan kayu api.
Elok guna jangka suhu untuk sukat panas bagi mendapat darjah kepanasan yang sesuai untukjadikan nasi dagang masak dengan kualiti yang baik sesuai dengan peredaran masa.
GULAI NASI DAGANG
Ikan aya hitam 1 kg
Santan 1/4 kg
Bawang dll 125 gm (10 biji bawang merah, 4 ulas putih, 1 inci halia, 2 hiris lengkuas, 10 cili padi)
Rempah 20 gm
Air utk kuah 1 liter (4x santan)
Cili boh 3 sudu besar
Gula - 2%
Garam - 3 % (perlu tolak drp stok rebus ikan)
Kerisik 2 sudu
Asam keping utk rebus ikan 3-5 keping
Panas minyak, masuk cili boh, masuk bahan kisar, masuk gula, masuk rempah, masuk santan, siram keatas periuk rebusan ikan.(kak poh)
Tumih lade mesing dengan kulit manis (ketepikan), Ma'sok satang sapa gelegok, masuk lade mesing tumih, bahan mesing, nisang, gule, belacang dan rempah.(tok wa)
2 ekor ikan aya (3 kg), 1 sudu garam, 3 asam keping, 2 sudu gula, 1 sudu cuka makan, 3 inci gula melaka
air utuk rebus sekadar tenggelam ikan dalam periuk masa merebus. Ikan dibersihkan dengan air garam untuk hilang hanyir dan dipotong dan direbus dengan memasukkan semua bahan selama satu jam dengan api perlahan.(tok wa)
air utuk rebus sekadar tenggelam ikan dalam periuk masa merebus. Ikan dibersihkan dengan air garam untuk hilang hanyir dan dipotong dan direbus dengan memasukkan semua bahan selama satu jam dengan api perlahan.(tok wa)
GULAI NASI DAGANG
air ikan kukus 10 gelas
garam 1 sudu
manisan 1/4 kerek
cuka 2 sudu
gula 3 sudu
asam keping 3 keping
ikan 2 kg
rempah gulai 2 sudu
rempah masak 1 sudu
ketumbar 2 sudu*
jintan manis 1 sudu*
jintan putih 1/2 sudu*
cengkih 4*
buah pelaga 4*
kayu manis 1/2 in*
* direndam dan blend
cili boh 1 gelas
cili mesen 2 gelas
blend bawang, halia, kunyit dan lengkuas jadikan 1 gelas
minyak utk menumis
tumis kayu manis + cili boh + cili mesen, bila pecah minyak ketepikan sekejab
santan direbus sampai masak dan menggelegak
+semua bahan diatas dan cili yg ditumis kecuali ikan
masak selama 4 jam dgn api kecil.
SOS NASI DAGANG SH. HALIM
Lade giling wahab 5 cawan
Gula 14 sudu
Bawang merah 40 biji
Rempah 8 sudu
Halia
Lengkuas
No comments:
Post a Comment