BAHAN-BAHAN
Beras basmati 1 kg
Daging bercampur tulang 1 kg
Bawang besar 4 labu
Bawang putih 8 ulas
Cili boh 1 sudu makan
Tomato puri 1 tin kecil (1/4 tin susu )
Susu cair 1/4 tin
Rempah 3 sekawan (cengkih, kayu manis dam buah pelaga)
Daun sup
Daun pudina
Garam
Gula
Minyak makan
Rempah bukhari 30 g
CARA-CARA
Rendam beras terlebih dulu sekurang-kurang nya 30 minit.
Panaskan minyak, tumis rempak 3 sekawan, bawang putih dan bawang besar yang siap dimayam hingga kekuningan.
Masukkan cili boh, tomato puri, rempah dan susu diikuti daging dan tulang.
Bila daging telah masak, cukupkan air dan masukkan beras, daun pudina, daun sup, kismis,garam dan gula.
Tunggu hingga nasi masak dan siap untk dihidangkan.
Nota:
Jika guna periuk noxxa masak daging dulu dengan 7 cawan air bagi setiap 6 cawan beras dengan tekanan tinggi selama 45 minit. Ejas air supaya sesuai dengan beras yang dimasukkan. Tanaklah nasi hingga masak.
Sumber : Hajjah Wan Zainab Wan Muda
No comments:
Post a Comment